WANNA JOIN THIS SITE?

17 October, 2011

Membuang bau hanyir ikan

  1. Membuang bau hanyir  ikan air tawar.
    Rendam ikan dengan jus asam jawa selepas dibersihkan.Biarkan selama 30 minit atau lebih.Kemudian bersihakn dengan air garam pula.

JERUK ENSABI (SAWI) GORENG PEDAS

JERUK Ensabi Goreng Pedas.
JERUK Ensabi Goreng Pedas

Bahan-Bahan:
  • Kasam Sayur sawi (ensabi)
  • Bwg merah 1 biji, 
  • Bwg Putih 2 ulas(dicincang)
  • Cili padi 2 biji(dicincang)
  • Perasa.(ajinomoto)


Cara2 membuatnya.
1.Basuh 'kasam ensabi'.
2.Panaskan minyak dan masukkan bwg2 dan cili padi.
3,Masukan kasam ensabi dan goreng sehinggga masak..
JERUK ENSABI SEBELUM DIMASAK.
4.Akhir sekali masukkan sedikit ajinomoto secukup rasa.
5.Hidangkan.

Resepi Sambal Cencaluk (mentah)


Sambal Cencaluk Swk
SAMBAL CENCALUK

Bahan2
  • 2 sudu besar cencaluk.
  • Limau 3 biji*ikut suka*
  • Cili merah 1 biji
  • Bwg merah 1 biji , 
  • Bwg putih 2 ulas,(mayang)
  • sedikit ajinomoto.
Sambal Cencaluk Swk

Cara-Cara  menyediakan..
  1. Masukkan samua bahan dan gaul..
  2. Hiaskan dengan limau kasturi dan Boleh di makan!

Resepi Laksa Sarawak


LAKSA SARAWAK.

Bahan2 (A) untuk Kuah:

  • 1 peket pes laksa sarawak(600g)
  • 2 liter air
  • 500ml santan dari sebiji kelapa
  • 1 mangkuk udang tanpa kulit 
  • 1 sudu teh garam dan sedikit ajinomoto
Cara2 menyediakan kuah laksa:

  1. Panaskan 2 liter air dan masukkan pes laksa sarawak dan didihkan selama setengah jam-45 minit.
  2. Tapiskan rempah laksa yang sudah dimasak tadi
  3. Kuah laksa yang sudah ditapis dimasak kembali,masukkan sebahagian udang basah(selebihnya dicelur)dan tambahkan santan dan bahan2 perasa
  4. Biarkan renih seketika dan sebatikan rasa..kalau nak cairkan sedikit kuah boleh tambahkan sedikit lagi air…
  5. Apabila sudah sebati padamkan api.kuah sedia untuk digunakan…
Bahan2 (B) Laksa(boleh letak ikut suka):

  • 1 Peket Bihun-rendam sehingga lembut dan toskan-
  • Isi ayam goreng-(dicarik2)
  • Udang(direbus),Taugeh,Telur rebus


Bahan Sambal:

  • Belacan
  • Cili padi
  • Jus limau kasturi
  • Garam dan secubit ajinomoto
  • Cara menyediakan sambal:-
  • Campurkan semua bahan dan kisar


Akhir sekali  , Dandan saja.!!

Resepi Umai Ikan


Umai Ikan Kuning


Bahan2:
2 keping ikan kuning ( fresh lagi )
1 biji bwg merah
1 biji limau nipis
1 biji lemon (amik jus)
1 sudu kecil cuka
1 biji bawang besar
1 biji cili merah
Gula & Garam secukup rasa..


CARA2 MEMBUATNYA.

  1. Bersihkan ikan kuning, hiris halus..dan buang kulitnya . 
  2. Lepas tu, perap dgn jus limau nipis, lemon & cuka 
  3. Perap 1/2 jam jer. Selepas perap, ikan tu akan berubah jadi kaler putih & tidak hanyir..
  4. itu maknanyer ikan tu dah kena air asam...lebih kurang dah masak laaa....toskan...kalo x puas hati still takut ikan tu hanyir, 
  5. bilas dgn jus2 limau tu td sampai xder bau...
  6. Tumbuk bwg merah dgn cili padi. 
  7. Mayang halus bwg besar & cili merah. Gaulkan bahan tumbuk, bwg besar & cili hidup & ikan yg sudah diperap tadi.
  8. Kemudian, tuang belen jus & cuka tadi.Perisakan dgn gula dan garam. 
  9. Gaul sehingga rata.
  10. Dah siap!!

Popular Posts