WANNA JOIN THIS SITE?

28 October, 2011

Resepi Kulat Sisir (kerang) Goreng Kering

Kulat Sisir Goreng Kering.

    Bahan-Bahan yang Diperlukan:
    • Kulat Sisir 
    • Cili Padi 2 biji 
    • Bwg Putih 3 ulas 
    • BwG Merah 2 biji 
    • Halia 1 cm dihiris memanjang Minyak masak 
    • Garam dan Perasa
    Cara-Cara Membuatnya:
    1. Basuh Kulat Kerang/ Cendawan Kukur  dengan bersih dan toskan.
    2. Kemudian panaskan minyak di kuali .
    3. Masukkan bwg merah , putih , Cili Padi dan Halia dan goreng sehingga naik bau
    4. Masukkan kulat dan kacau sehingga kulat masak
    5. Akhir sekali masukkan garam dan perasa secukup rasa
    6. Siap dan hidangkan!
    INFO:

    Kulat ini di sarawak dikenali sebagai 'kulat kerang' bagi kaum iban .Kalau di semenanjung malaysia ia lebih dikenali 'kulat sisir ataupun Cendawan kukur/Kulat Sisir atau nama saintifiknya Schizophyllun commune. Ia mengandungi Schizophyllan iaitu bahan dalam ubat antitumor dan kanser selain dikatakan dapat membantu meningkatkan system imuniti tubuh, anti-radangan, anti-bakteria, anti parasit dan melindungi hati.

    Cendawan kukur merupakan jenis cendawan klasik yang selalu ditemui di mana-mana kawasan yang terdapatnya kayu mati terutamanya batang kayu getah dan lain-lain. Disebabkan sifatnya yang tahan lasak, ia mudah tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi.
    Kulat ni memang selalunya banyak pasir dan benda2 kotor. Rendamkan kulat ni dalam air dan biar banyak air dalam bekas tu. Rendam dalam 30min ke 1 jam ,segala pasir, kekotoran akan jatuh ke bawah bekas rendaman. Kemudian  bilas bersih-berish sebelum masak.

    Pelbagai cara memasak Kulat sisir ini , di SemenaNjung cara masakan yang popular ialah di goreng dengan telur, sama ada dibuat telur dadar atau scramble egg. Di Kelantan, ada juga yang masak lemak putih, ada yang masak kari..atau dimasak lemak cili api dan ada juga dimasak rendang .

    Di sarawak pula , kalau secara tradisi kulat ini di balut menggunakan daun nipah dan di pangggang di atas bara api ataupun di goreng kering dan juga digoreng basah bersama sayur-sayuran lain.

    JERUK DAUN PUCUK GETAH.

    Daun Pucuk Getah
    JERUK DAUN PUCUK GETAH.


    Bahan-Bahan.

    • Daun pucuk Getah*seikat *
    • Segenggam garam
    • Air Beras secawan
    Air beras yg akan digunakan untuk
     membuat jeruk
    Cara-Cara Mejadikannya Jeruk.
    1. Jemur daun getah selam 6/7 jam
    2. Setelah daun getah layu, renyuk daun getah sehingga keluar air.
    3. Renyuk dengan segenggam garam.
    4. Lepas itu simpan di dalam bekas kedap udara.
    5. Simpan di tempat suhu bilik
    6. Selepas satu minggu jeruk daun getah tersebut boleh dimasak dan dimakan.
    7. Selamat mencuba.
    Jeruk Daun Pucuk Getah

    INFO:
    Cara-cara  membuat jeruk daun pucuk getah dan jeruk ensabi adalah sama.Sayur- sayuran ini , adalah antara sayur yg biasa digunakan kaum Dayak  untuk mengasilkan KIMCHI atau jeruk.Kalau di semenanjung Daun getah digunakan untuk membalut kuih tapai.

    Resepi Ayam(manuk) PANSUH


    MANUK PANSUH

    Bahan-bahan:
    Seruas buluh lemang
    1/2 ekor ayam yg telah dipotong 
    3 ulas bawang putih
    2 biji bawang merah dan 5 ulas Bwg Putih
    I kuntum Bunga kantan
    Garam dan sedikit serbuk perasa
    Secekal pucuk ubi diramas.
    1/2 cawan air

    Cara-cara memansuhnya:
    1. Sediakan bara api (Seperti membakar lemang)
    2. Bersihkan buluh
    3. Bawang putih dan bawang merah ditumbuk lumat
    4. Bersihkan ayam
    5. Gaul ayam dengan cili besar, bawang putih, bawang merah, garam, serbuk perasa dan Bunga kantan
    6. Gaulkan dengan garamnya / perasa secukup rasa.
    7. Kemudian masukkan ayam yang telah digaul tadi ke dalam buluh.
    8. Jangan hentak buluh dan masukkan sedikit air Tutup muncung buluh dengan pucuk ubi.
    9. Bakarlah di atas bara api lebih kurang setengah jam.
    10. Bila asap didihan keluar dari penutup buluh maka pansuh telah masak.
    11. Hidangkan.

    Resepi Buah Cempedak Goreng Belacan

    Buah cempedak mentah
    yg selalu digunakan
    dlm masakan
    Buah cempedak goreng belacan.
    Cempedak Goreng Belacan









    Bahan Bahan.:

    • Cempedak mentah
    • (dibuang kulitnya dan di cincang agak halus) 
    • Belacan 2cm (ditumbuk)1 biji cemp 
    • Ikan bilis sedikit(ditumbuk) 
    • Bwg merah 1 biji , Bwg Putih 3 ulas 
    • Cili Padi 2 biji.. 
    • Minyak masak 
    • Garam dan perasa 


    Cara-Cara memasaknya.
    1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bwg2, belacan dan ikan bilis yg telah ditumbuk tadi.
    2. Kemudian masukkan cili padi dan goreng sehingga naik bau
    3. Masukkan cempedak tadi dan sedikit air.
    4. Goreng sehingga cempedak masak
    5. kemudian masukkan garam dan perasa
    6. Siap!!

    INFO:

    BUAH CEMPEDAK:

    Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.:
    Pokok Cempedak merupakan sejenis tumbuhan yang menghasilkan buah yang boleh dimakan. Buah Cempedak banyak dijual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Nama saintifiknya ialah Artocarpus integer sinonim Artocarpus champeden (Thunb.) Merr., Artocarpus polyphema Pers.)

    Kandungan Khasiat Pemakanan:
    Zat dalam per 100 gram
    Energy atau tenaga=117.0 (sangat tinggi, bahaya untuk pengidap kencing manis),
    Moisture= 66.7 g ,
    Protein= 2.5 g, lemak =0.4 g,
    Karbohidrat= 25.8 g,
    Fiber= 3.4 g,
    Ash =1.2 g,
    kalsium =40.0 mg,
    Phosphorous= 5.0 mg,
    besi =1.1 mg , Sodium =25.0 mg
    Potassium= 246.0 mg,
    Carotene= 80 ug,
    Vitamin B1 =0.16 mg,
    Vitamin B2 =0.15 mg
    Niacin =0.5 mg
    Ascorbic Acid atau(Vitamin C) = 17.7 mg



    Resepi Petai Goreng

    Petai goreng


    Bahan2.


    • Petai 5 tangkai (Rebus sekejap dan buang kulitnya
    • Bwang merah 1 biji ,
    • Bwg Besar 1 biji.
    • Cili merahbesar 1 biji(dimayang)
    • Cili hijau besar 1 biji(dimayang)
    • minyak masak
    • garam/perasa
    Cara-cara memasaknya.
    1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan samua bwg dan goreng sehingga naik bau.
    2. Masukkan cili merah/hijau 
    3. kemudian masukkan petai dan goreng sehingga masak.
    4. masukkan garam dan perasa secukup rasa.
    5. siap dn hidangkan.





    INFO Tentang Petai:


    Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsiumfosforuszat besivitamin AB1B2 dan C.
    Sebenarnya kandungan pemakanan biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat mempunyai kandungan khasiatnya kurang. Dalam perubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.
    Menerusi informasi dari Penolong Pegawai Pertanian Kanan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), En. Tajuddin Abd. Manap. Kandungan klorofil dalam biji-biji petai berfungsi sebagai agen antioksidan yang baik untuk kulit, memastikan kesegaran tubuh, dan memperbaiki sistem penghadaman pengamal (makanan berasaskan petai). (Kosmo 28 Mei 2011)


    JERUK ENSABI (SAWI DAYAK) KIMCHI IBAN

    Kimchi iban/ jeruk ensabi/ kasam ensabi
     Membuat JERUK SAWI (Ensabi).

    Bahan-Bahan

    • Sayur sawi(ensabi) 2 ikat.
    • Garam dua genggam
    • Air beras dlm 2 cawan
    • Setengah sudu teh gula
    Sayur Ensabi yg telah dijemur

    Air Beras


    Cara-Cara Membuat Jeruk Ensabi.
    1. Ensabi yg telah dibersihkan dan dibuang akarnya , dijemur di bwh cahaya matahari selama lebih kurang 6/7 jam
    2. Ensabi yg telah layu dijemur di renyuk  bersama dengan garam dan gula sehingga keluar air .
    3. Air yg keluar dari sayur tersebut hendaklh di buang
    4. Kemudian masukkan ke dalam bekas kedap udara dan campurkan dengan air beras tadi.
    5. Biarkan selama satu minggu didlm keadaan suhu bilik.
    6. Simpan jeruk ensabi di dalam bekas
      kedap udara.
    7. Selepas satu minggu ensabi ini boleh di masak.

    INFO:
    Menurut Utusansarawak@utusan.com.my :

    Cara membuat jeruk ensabi tidak ubah seperti penyediaan jeruk kobis atau kimchi di Korea dengan rasanya yang masam selepas diperap menggunakan garam, cuma jenis sayur yang digunakan berbeza malah jeruk ensabi tidak dicampur dengan cili.

    Hari ini, hidangan jeruk ensabi bukan sahaja diminati penduduk rumah panjang, bahkan kimchi Iban itu turut mendapat sambutan warga kota yang sukakan rasanya yang sedap.

    Ia juga semakin digemari masyarakat lain bahkan ada yang membelinya dalam jumlah banyak untuk disimpan kerana ia tidak mudah rosak dan boleh dikatakan jeruk ensabi pelengkap hidangan di atas meja.

    Popular Posts