Kimchi iban/ jeruk ensabi/ kasam ensabi |
Bahan-Bahan
- Sayur sawi(ensabi) 2 ikat.
- Garam dua genggam
- Air beras dlm 2 cawan
- Setengah sudu teh gula
Sayur Ensabi yg telah dijemur |
- Ensabi yg telah dibersihkan dan dibuang akarnya , dijemur di bwh cahaya matahari selama lebih kurang 6/7 jam
- Ensabi yg telah layu dijemur di renyuk bersama dengan garam dan gula sehingga keluar air .
- Air yg keluar dari sayur tersebut hendaklh di buang
- Kemudian masukkan ke dalam bekas kedap udara dan campurkan dengan air beras tadi.
- Biarkan selama satu minggu didlm keadaan suhu bilik.
- Selepas satu minggu ensabi ini boleh di masak.
Simpan jeruk ensabi di dalam bekas kedap udara. |
INFO:
Menurut Utusansarawak@utusan.com.my :
Cara membuat jeruk ensabi tidak ubah seperti penyediaan jeruk kobis atau kimchi di Korea dengan rasanya yang masam selepas diperap menggunakan garam, cuma jenis sayur yang digunakan berbeza malah jeruk ensabi tidak dicampur dengan cili.
Hari ini, hidangan jeruk ensabi bukan sahaja diminati penduduk rumah panjang, bahkan kimchi Iban itu turut mendapat sambutan warga kota yang sukakan rasanya yang sedap.
Ia juga semakin digemari masyarakat lain bahkan ada yang membelinya dalam jumlah banyak untuk disimpan kerana ia tidak mudah rosak dan boleh dikatakan jeruk ensabi pelengkap hidangan di atas meja.

0 comments:
Post a Comment