WANNA JOIN THIS SITE?

19 October, 2011

Resepi Ulat Mulong goreng pedas

Ulat Mulong Goreng Pedas..(mkn exotic kaum melanau)

Bahan2.

  • UIat mulong *1 mangkuk kecil*
  • Cili besar 2 biji.(dimayang)
  • Sedikit lada hitam
  • Bwg besar 1 biji , Bwg Merah 2 biji(dipotong dadu)
  • Minyak Masak
  • Garam  dan perasa


cara cara membuatnya.
1.Panaskan minyak di dlm kuali dan masukkan bwg merah , bwg besr dan cili besar .
2.Kacau sehingga naik bau.
3.Masukkan mantar(ulat mulong), dan goreng sekejap..
4.Masukkan lada hitam ,garam dan perasa..
5.Dah  siap!


INFO.

Ulat Sagu / ulat mulung merupakan Sumber protein yang sangat baik. Nama latinnya Rhynchophorus ferruginenus atau lebih dikenal sebagai ‘ulat sagu‘. Ulat ini adalah larva dari kumbang merah kelapa. Sebagai sumber protein ulat sagu bisa dijadikan bahan subsitusi pakan ternak atau juga lauk bergizi yang bebas kolesterol. Kandungan protein ulat sagu sekitar 9,34%, sedangkan pakan berbahan utama ulat sagu sekitar 27,77%. Selain kandungan protein yang cukup tinggi, ulat sagu juga mengandung beberapa asam amino esensial, seperti asam aspartat (1,84%), asam glutamat (2,72%), tirosin (1,87%), lisin (1,97%), dan methionin (1,07%).

Perkasam IKAN



Perkasam Ikan Jelawat yg belum dimasak..
Perkasam Ikan Sultan/Jelawat/Patin

Bahan-Bahan:
  • Seekor Ikan Sultan yg telah dibersihkan dan dipotong .
  • Buah kepayang. (1 cawan atau ikut suka)
  • Daun kepayang.(ikut suka)
  • Beras yg telah digoreng( 1sudu makan)
  • Garam 2 genggam.



Cara-Cara Membuatnya
Selepas 1 minggu perkasam boleh di masak mengikut
 selera anda.
1.Gaul dan renyuk lembut Isi ikan dengan daun
   kepayang , beras dan garam.
2.Kemudiam campurkan dengan buah kepayang.
3.Simpan di dalam bekas kedap udara.
4.Simpan di tempat bersuhu biasa.
5.Selepas satu minggu kasam ikan itu boleh dimasak



Perkasam Ikan hendaklah di simpan di
dalam bekas kedap udara













.






INFO:
Cara- Cara Membuat samua perkasam Ikan adalah sama.Perkasam Ikan yg popular di Sarawak adalah
     perkasam ikan jelawat , ikan sultan , ikan patin , ikan selui (ikan-ikan sungai) dan sebagainya.

Popular Posts