WANNA JOIN THIS SITE?

31 October, 2011

RESEPI PETAI GORENG KERING

PETAI GORENG KERING
Petai Goreng Kering

Bahan-Bahan:
  • Petai 5 papan 
  • Cili padi 2 biji dimayang
  • Cili hijau 1 biji dimayang
  • Minyak Masak
  • Garam dan perasa
Ditumbuk:
  • Ikan bilis sengenggam 
  • Bwg Merah 2 biji 
  • Bwg Putih 2 ulas.
Cara-Cara Menyediakan:
petai di rebus 
  1. Rebus petai di dalam periuk selama 5 minit.
  2. Kemudian ambil biji petai dari kulitnya.
  3. Lepastu , panaskan minyak di dalam kuali .
  4. Dan tumiskan bahan yg ditumbuk bersama dengn cili padi dan cili hijau sehingga naik bau.
  5. Kemudian masukkan petai tadi dan kacau sehingg masak.
  6. Akhir sekali masukkan garam dan perasa dan boleh dihidangkan.
  7. Masakan petai seperti ini boleh tahan lama selama 1 minggu kalu di simpan dlm peti ais.
INFO:
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas

Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.

Sebenarnya kandungan pemakanan biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat mempunyai kandungan khasiatnya kurang. Dalam perubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.

Menerusi informasi dari Penolong Pegawai Pertanian Kanan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), En. Tajuddin Abd. Manap. Kandungan klorofil dalam biji-biji petai berfungsi sebagai agen antioksidan yang baik untuk kulit, memastikan kesegaran tubuh, dan memperbaiki sistem penghadaman pengamal (makanan berasaskan petai). (Kosmo 28 Mei 2011)

Petai juga berkemampuan untuk membekalkan tenaga yang tinggi kerana, biji kekacang petai mengandungi gula semulajadi seperti fruktosa, glukosa, sukrosa dan kombinasi daripadanya. Petai juga mengandungi Trytophan, yang mampu mengawal tekanan seseorang, trytophan dapat bertukar kepada serotonin dimana dapat menjadikan orang lebih relaks, gembira dan menjadi emosi lebih stabil. Kandungan zat besi dalam petai mampu mengurangkan risiko mendapat anemiadi kalangan pengamalnya. Vitamin B6 petai membantu mengawal paras gula dalam darah dan membantu wanita yang mengalami kebingungan tatkal mendapat sindrom premenstrual.

Kandungan kalium dalam petai dengan kandungan rendam garamnya baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangi risiko strok. Petai juga mempunyai serat tumbuhan yang baik bagi pengahadaman dan dapat mengelakkan gejala sembelit dari mudah berlaku. Terdapat petua yang mengesyorkan adunan petai bersama susu dan madu, adunan ini dipercayai dapat mengurangkan masalah kemabukan, kerana herba petai, madu dan susu dapat memperbaiki aras glukosa dan mengembalikan aras cecair badan ketahap seimbang. Petai juga baik bagi seseorang yang telah memberhenti dari menghisap rokok dan dalam proses rehabilitasi. Kandungan Vitamin B6 dan B12 serta kalium dan magnesium dapat membantu dalam mengatasi kesan langsung akibat pemberhentian pengambilan nikotin.

Kulit pepapan petai dibahagian licin dalam poket biji petai disimpan boleh diusap pada bahagian bengkak atau kemerahan-merahan di kulit disebabkan oleh gigitan nyamuk.

Namun begitu memakan petai pada kuantiti yang banyak juga tidak baik kerana mempunyai kadar asid amino yang tinggi yang dapat mengakibatkan komplikasi pada ginjal.[2]

RESEPI ULAMAN DAUN KUCHAI

ULAMAN DAUN KUCHAI / DAUN BAWANG PUTIH 
Sayur Ulam Kuchai
Bahan-Bahan:

  • Seikat daun kuchai
  • Limau kasturi 4 biji
  • Cili padi 3 biji dimayang
  • Garam dan perasa
Ditumbuk:

  • Tumbuk bwg merah , bwg putih dan
    ikan bilis

    Daun Kuchai/Daun Bwg Putih
  • Bwg Merah 3 biji
  • Bwg Putih 3 ulas
  • Segenggam Ikan Bilis
Cara-Cara Menyediakan Ulaman ini ialah:

1.Potong halus Daun Kuchai.
2.Perah Limau Nipis ke atas Daun Kuchai dan gaul .
3.Kemudian gaulkan sebati daun kuchai dengan bahan ditumbuk
   tadi.
4.Selepas itu masukkan garam /perasa dan cili padi dan gaul .
5.Ulaman dau Kuchai dah siap dan hidangkan.



Daun Kuchai Dipotong Halus.








INFO:
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pengelasan saintifik

Alam: Hidupan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Liliopsida
Order: Asparagales
Keluarga: Alliaceae
Genus: Allium

Nama binomial
Allium tuberosum
Allium ramosum

Kucai adalah dari gugusan tanaman bawang yang sesuai untuk ditanam untuk tujuan hiasan (ia berbunga) dan sebagai sayuran. Tanaman ini mengambil sedikit ruang dan boleh dimakan keseluruhanya (dari pucuk sampai bawangnya). Jika bunganya tak dicantas, ia sesuai untuk dijadi hiasan di tepi pinggan dengan bunganya yang berwarna ungu.

Variasi kucai yang popular adalah Kucai Cina yang mempunyai haruman seakan bawang putih pada daunnya. Bunganya pula berwarna putih.

Kucai boleh hidup di atas banyak jenis tanah. Terbaiknya adalah di atas tanah yang agak dalam dan dipenuhi dengan kompos dan bahan organik. Kucai tidak perlu banyak dibaja semasa pembesarannya, sekiranya tanah tadi mempunyai bahan kompos dan organik yang baik.

Ia boleh hidup di bawah panas matahari ataupun di teduhan. Jika kemarau sedikit-sedikit juga tidak mengapa kerana bawangnya masih ada. Sama seperti bawang, kucai ada akar berbawang dan daun. Bawang tersebut boleh bercambah dengan cepat sehingga beberapa tahun dan ini cara yang terbaik untuk menyemai kucai. Selain itu, kucai juga boleh ditanam dari bijinya.

Kucai adalah tanaman hayat panjang (perennial). Ia boleh terus hidup hingga beberapa tahun sekiranya keadaannya dijagai, iaitu tanah yang subur.

Kucai dituai dengan cara memotong bila diperlukan. Potong yang bahagian luar dan tinggal daunnya 2 inci dari paras perdu. Ia akan tumbuh kembali dengan baik. Kucai yang ditanam dari biji seharusnya dituai selepas setahun, atau pun setelah ia berbunga. Ini adalah untuk membiarkan ia mempunyai akar yang kukuh. Kucai berbunga di hujung musim bunga (di negara 4 musim) dan sekali lagi di bulan Julai. Kalau menanam kucai untuk di makan, bunganya perlu dibuang utk menggalakkan pertumbuhan daun sahaja.

Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.

Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah. Cara penggunaannya adalah menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya diminum setiap pagi.

Popular Posts