19 November, 2011

SAYUR BABY CORN DGN SAYUR TEBU KANDUNG

SAYUR BABY CORN DGN
SAYUR TEBU KANDUNG
SAYUR BABY CORN DGN SAYUR TEBU KANDUNG
Bahan-Bahan:
  • Babi Corn(Anak Jagung)
  • Sayur Tebu Kandung 
  • Bwg Merah 2 biji(dimayang)
  • Bwg Putih 3 ulas(dimayang)
  • Cili Merah Besar 1 biji (dimayang)
  • sedikit ikan bilis
  • serbuk lada sarawak
  • garam dan perasa
  • minyak masak
Cara -Cara Membuatnya:
SAYUR TEBU KANDUNG
(TELAH DIBUANG KULITNYA)
SAYUR TEBU KANDUNG
  1. Panaskan Minyak di dalam kuali
  2. Masukkan bwg merah, bwg putih dan ikan bilis dan tumis
  3. Kemudian masukkan cili besar dan sayur 'baby corn' dan gaul
  4. Masukkan sayur tebu kandung dan kacau pelahan spy sayur tebu yg lembut td tidak hancur.
  5. Akhir sekali Masukkan serbuk lada , garam dan perasa secukup rasa
  6. Siap dan Hidangkan..


    INFO:
    Sayur Tebu Kandung ini Jarnag sekali dijumpai.Hanya segelintir penduduk rumah panjang(kaum iban) yang ada menanam sayur ini.Oleh sebab itu tidak semua muda mudi sekarang mengenali sayur ini.

SAYUR PAKU GORENG BELACAN

SAYUR PAKU GORENG BELACAN
SAYUR PAKU GORENG BELACAN
Bahan-Bahan:
  • 1 ikat sayur paku
  • Cili besar 2 biji (dimayang)
  • Garam & perasa
  • Halia 1 cm (dimayang)
  • Minyak masak
Bahan Bahan Di Tumbuk:
  • Segenggam ikan bilis
  • Belacan 1 cm
  • Bwg merah 2 biji
  • Bwg putih 2 ulas
SAYUR PAKU SARAWAK
CARA-CARA MEMBUATNYA:
  1. Bersih dan potong sayur paku
  2. Panaskan minyak di dalam kuali
  3. Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga wangi
  4. Kemudian masukkan cili besar dan halia
  5. Masukkan sayur paku gan gaul sehingga masak
  6. Akhir sekali masukkan garam dan perasa secukup rasa
  7. Dan hidangkan...

15 November, 2011

RESEPI SUP DAUN SABUNG DENGAN SALAI IKAN



 SUP DAUN SABUNG DENGAN SALAI IKAN
RESEPI SUP DAUN SABUNG DENGAN SALAI IKAN

Bahan-Bahan:
  • Satu ikat daun sabung
  • 2 keping Salai Ikan(lanjung /lumi dll*antara salai ikan yg terdapt di srwak*
  • garam dan perasa
Cara-Cara Membuatnya:
  1. Buang btg daun sabung
  2. Rebus secawan air di dalam periuk.
  3. Kemudian masukkan daun sabung
  4. Tunggu sehingga mendidih
  5. Kemudian masukkan salai ikan
  6. Dan masukkan garam dan perasa
  7. DAUN SABUNG
  8. Siap dan hidangkan

UPA LALIH (UMBUT ROTAN) BAKAR

UPA LALIS (UMBUT ROTAN) BAKAR
UPA LALIS (UMBUT ROTAN) BAKAR

Bahan-Bahan:

  •  2 btg upa lalis or umbut rotan
  • garam dan ajinomoto

Cara-Cara Membuatnya:
upa laliS/umbut rotan telah dibakar
  1. Bakar umbut sehingga kulit umbut agak kehitaman*jgn sampai hangus!*
  2. Kemudian buang kulit umbut yg telah dibakar
  3. ambil isi muda umbut dan hiris
  4. kemudian gaulkan garam dan aji
  5. Siap!
  6. Sgt pahit tapi sedap dan berkhasiat!


  7. Upa laliS/umbut rotan






    upa lalis/umbut yg telah dibuang kulitnya.

ULAM BUAH MEMPELAM

ulam buah mempelam
ULAM BUAH MEMPELAM 

Bahan-Bahan:
2 biji buah mempelam separuh masak
2 biji buah mempelam mentah
setengah biji bwg merah dicincang
segenggam ikan bilis ditumbuk bersama 1 biji cili padi
sedikit garam


Cara-Cara Menyediakan Ulam Mempelam:

  1. Buang Kulit mempelam dah hiris halus .
  2. Kemudian gaulkan dengan ikan bilis yg telah ditumbuk , garam serta bwg merah
  3. Sekiranya andan suka pedas , tambahkan cili padi.
  4. Sekiranya  nya anda lebih suka masam dari manis ,jadi tambahkan buah mempelam mentah
  5. Siap dan hidangkan..

Buah mempelam separuh masak
Buah mempelam mentah

RESEPI SUP AYAM KAMPUNG BERLADA

RESEPI SUP AYAM KAMPUNG BERLADA
RESEPI SUP AYAM KAMPUNG BERLADA

Baham-Bahan:
  • Ayam Kampung setengah ekor
  • Kulat Pik 4 keping(bersihkan dan potong ikut saiz dikehendaki)
  • Kulat Butang 4 keping (dibuang akar dan dibelah dua)
  • 4 biji lada Sarawak.(tumbuk kasar)
  • 1 kiub chicken stock
  • Minyak Masak
  • Bawang Merah 2 biji(dimayang)
  • Bawang Putih 3 Ulas (dimayang)
  • Halia 1 cm (di dadu)
Cara-Cara Menyediakan Masakan Ini:
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumiskan bwg merah, bwg putih dan halia hingga naik bau.
  2. Masukkan 2 cawan air dan masukkan ayam serta kiub ayam.
  3. Tutup kuali dan tunggu sehingga ayam lembut.
  4. Kemudian masukkan kulat pik(kulat telinga or Jelly Ear mushroom) dan kulat/cendawan butang.
  5. Selepas itu masukkan lada hitam dan tunggu sehingga cendawan/kulat jadi lembut.
  6. Kemudian boleh masukkan sedikit garam
  7. Dan siap!

INFO:
Kulat tepik/pik dikenali juga sebagai kulat teling bagi org2 melayu di sarawak dan di dalam B.Ingeris dikenali sebgai Jelly Ear Mushroom.

ARTIKEL DI BAWAH DIPETIK DARI :
http://www.english-country-garden.com/a/i/fungus/jews-ear-3.jpg

Nama botani untuk kulat tepik/pik /kulat telinga : Auricularia auricula-judae

Auricularia auricula-judae (syn. Auricularia auricula, Hirneola auricula-judae) is commonly known as the Jew's ear fungus or Judas's ear fungus, the name from which it derives the "judae" in its scientific name, or as the jelly ear fungus. Thisjelly fungus is conspicuously ear shaped, ranging from purple to dark brown or black in color with a rubbery texture, and most often found on dead elder trees but also onelms.

The common name for this fungus, the "Jelly Ear," is very appropriate--a rarity with common names in English. Just take a look at the photos to the right, and you can see why people think Auricularia auricula looks like the missing part of a Van Gogh self portrait.

Unlike the cup fungi, this fungus has jelly-like flesh, and its spores are catapulted from little spore-holders, placing it in the Basidiomycetes rather than in theAscomycetes, where spores are forcibly shot out of little spore-jets.

Though it may not look too appetizing, you have probably already eaten it--or a very close relative--if you like Chinese food; it is frequently used in egg rolls and other dishes. I don't recommend you drop one on a salad and munch down, however. Typically, jelly ears are dried (they become stiff and blackish) and then placed in stuffings and fillings. Drying them, however, is not an easy task, and the whole process probably involves more effort than the results justify; the dried pieces are rather tasteless.

31 October, 2011

RESEPI PETAI GORENG KERING

PETAI GORENG KERING
Petai Goreng Kering

Bahan-Bahan:
  • Petai 5 papan 
  • Cili padi 2 biji dimayang
  • Cili hijau 1 biji dimayang
  • Minyak Masak
  • Garam dan perasa
Ditumbuk:
  • Ikan bilis sengenggam 
  • Bwg Merah 2 biji 
  • Bwg Putih 2 ulas.
Cara-Cara Menyediakan:
petai di rebus 
  1. Rebus petai di dalam periuk selama 5 minit.
  2. Kemudian ambil biji petai dari kulitnya.
  3. Lepastu , panaskan minyak di dalam kuali .
  4. Dan tumiskan bahan yg ditumbuk bersama dengn cili padi dan cili hijau sehingga naik bau.
  5. Kemudian masukkan petai tadi dan kacau sehingg masak.
  6. Akhir sekali masukkan garam dan perasa dan boleh dihidangkan.
  7. Masakan petai seperti ini boleh tahan lama selama 1 minggu kalu di simpan dlm peti ais.
INFO:
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas

Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.

Sebenarnya kandungan pemakanan biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat mempunyai kandungan khasiatnya kurang. Dalam perubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.

Menerusi informasi dari Penolong Pegawai Pertanian Kanan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), En. Tajuddin Abd. Manap. Kandungan klorofil dalam biji-biji petai berfungsi sebagai agen antioksidan yang baik untuk kulit, memastikan kesegaran tubuh, dan memperbaiki sistem penghadaman pengamal (makanan berasaskan petai). (Kosmo 28 Mei 2011)

Petai juga berkemampuan untuk membekalkan tenaga yang tinggi kerana, biji kekacang petai mengandungi gula semulajadi seperti fruktosa, glukosa, sukrosa dan kombinasi daripadanya. Petai juga mengandungi Trytophan, yang mampu mengawal tekanan seseorang, trytophan dapat bertukar kepada serotonin dimana dapat menjadikan orang lebih relaks, gembira dan menjadi emosi lebih stabil. Kandungan zat besi dalam petai mampu mengurangkan risiko mendapat anemiadi kalangan pengamalnya. Vitamin B6 petai membantu mengawal paras gula dalam darah dan membantu wanita yang mengalami kebingungan tatkal mendapat sindrom premenstrual.

Kandungan kalium dalam petai dengan kandungan rendam garamnya baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangi risiko strok. Petai juga mempunyai serat tumbuhan yang baik bagi pengahadaman dan dapat mengelakkan gejala sembelit dari mudah berlaku. Terdapat petua yang mengesyorkan adunan petai bersama susu dan madu, adunan ini dipercayai dapat mengurangkan masalah kemabukan, kerana herba petai, madu dan susu dapat memperbaiki aras glukosa dan mengembalikan aras cecair badan ketahap seimbang. Petai juga baik bagi seseorang yang telah memberhenti dari menghisap rokok dan dalam proses rehabilitasi. Kandungan Vitamin B6 dan B12 serta kalium dan magnesium dapat membantu dalam mengatasi kesan langsung akibat pemberhentian pengambilan nikotin.

Kulit pepapan petai dibahagian licin dalam poket biji petai disimpan boleh diusap pada bahagian bengkak atau kemerahan-merahan di kulit disebabkan oleh gigitan nyamuk.

Namun begitu memakan petai pada kuantiti yang banyak juga tidak baik kerana mempunyai kadar asid amino yang tinggi yang dapat mengakibatkan komplikasi pada ginjal.[2]

RESEPI ULAMAN DAUN KUCHAI

ULAMAN DAUN KUCHAI / DAUN BAWANG PUTIH 
Sayur Ulam Kuchai
Bahan-Bahan:

  • Seikat daun kuchai
  • Limau kasturi 4 biji
  • Cili padi 3 biji dimayang
  • Garam dan perasa
Ditumbuk:

  • Tumbuk bwg merah , bwg putih dan
    ikan bilis

    Daun Kuchai/Daun Bwg Putih
  • Bwg Merah 3 biji
  • Bwg Putih 3 ulas
  • Segenggam Ikan Bilis
Cara-Cara Menyediakan Ulaman ini ialah:

1.Potong halus Daun Kuchai.
2.Perah Limau Nipis ke atas Daun Kuchai dan gaul .
3.Kemudian gaulkan sebati daun kuchai dengan bahan ditumbuk
   tadi.
4.Selepas itu masukkan garam /perasa dan cili padi dan gaul .
5.Ulaman dau Kuchai dah siap dan hidangkan.



Daun Kuchai Dipotong Halus.








INFO:
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pengelasan saintifik

Alam: Hidupan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Liliopsida
Order: Asparagales
Keluarga: Alliaceae
Genus: Allium

Nama binomial
Allium tuberosum
Allium ramosum

Kucai adalah dari gugusan tanaman bawang yang sesuai untuk ditanam untuk tujuan hiasan (ia berbunga) dan sebagai sayuran. Tanaman ini mengambil sedikit ruang dan boleh dimakan keseluruhanya (dari pucuk sampai bawangnya). Jika bunganya tak dicantas, ia sesuai untuk dijadi hiasan di tepi pinggan dengan bunganya yang berwarna ungu.

Variasi kucai yang popular adalah Kucai Cina yang mempunyai haruman seakan bawang putih pada daunnya. Bunganya pula berwarna putih.

Kucai boleh hidup di atas banyak jenis tanah. Terbaiknya adalah di atas tanah yang agak dalam dan dipenuhi dengan kompos dan bahan organik. Kucai tidak perlu banyak dibaja semasa pembesarannya, sekiranya tanah tadi mempunyai bahan kompos dan organik yang baik.

Ia boleh hidup di bawah panas matahari ataupun di teduhan. Jika kemarau sedikit-sedikit juga tidak mengapa kerana bawangnya masih ada. Sama seperti bawang, kucai ada akar berbawang dan daun. Bawang tersebut boleh bercambah dengan cepat sehingga beberapa tahun dan ini cara yang terbaik untuk menyemai kucai. Selain itu, kucai juga boleh ditanam dari bijinya.

Kucai adalah tanaman hayat panjang (perennial). Ia boleh terus hidup hingga beberapa tahun sekiranya keadaannya dijagai, iaitu tanah yang subur.

Kucai dituai dengan cara memotong bila diperlukan. Potong yang bahagian luar dan tinggal daunnya 2 inci dari paras perdu. Ia akan tumbuh kembali dengan baik. Kucai yang ditanam dari biji seharusnya dituai selepas setahun, atau pun setelah ia berbunga. Ini adalah untuk membiarkan ia mempunyai akar yang kukuh. Kucai berbunga di hujung musim bunga (di negara 4 musim) dan sekali lagi di bulan Julai. Kalau menanam kucai untuk di makan, bunganya perlu dibuang utk menggalakkan pertumbuhan daun sahaja.

Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.

Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah. Cara penggunaannya adalah menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya diminum setiap pagi.

30 October, 2011

RESEPI LANDAK GORENG BERKICAP

Daging Landak masak kicap
LANDAK GORENG BERKICAP
Bahan-Bahan:

  • Seekor landak yang telah dipotong
  • Kicap
  • Garam dan perasa

Bahan A:

  • Halia 1 cm dihiris
  • Cili padi 1 biji
  • Bwg Merah 1 biji 
  • Bwg Putih 2ulas
  • Serai 2 btg diketuk
Daging Landak masak kicap
Bahan B :Ditumbuk:
  • Bwg merah 1 biji
  • Bwg putih 2 ulas
  • Serai 1 btg
  • Halia 2cm
Cara-Cara Memasaknya:
  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan Bahan A diikuti Bahan B dan tumis sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan Daging Landak dan 2 cawan air dan tutup kuali.
  3. Tunggu sehingga air dalam kuali hampir kering, jika landak masih liat , tambahkan air semula dan biarkan  sehingga daging lembut.
  4. Apabila air dah dalm kuali dah kekeringan , daginbg tersebut hendaklah sentiasa dikacau untuk mengelakkan daging hangus.
  5. Kemudian masukkan kicap , garam dan perasa.
  6. Siap dan hidangkan.

RESEPI SUP AYAM KAMPUNG

sup ayam kampung dengan cendawan butang
SUP AYAM KAMPUNG DENGAN CENDAWAN BUTANG


Bahan- Bahan:
  • Setengah ekor ayam kampung
  • Satu tin cendawan butang 
  • Halia 2cm dihiris memanjang
  • BwG Merah 3 biji *dimayang*
  • Bwg Putih 3 Ulas*dimayang*
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 sudu teh tepung jagung*campurkan dengan sedikit air untuk mencairkan*
  • Garam
  • Minyak Masak
  • 3 biji Lada hitam sarawak diketuk
Cara-Cara Menyediakannya masakan ini:
  1. Potong ayam dan bersihkan
  2. Kemudian Panaskan minyak didlm kuali,
  3. Masukkan bwg merah , putih dan halia dan tumis sehingga wangi
  4. Masukkan 3 cawan air .
  5. Kemudiankan masukkan ayam kampung dan tutup kuali
  6. Tunggu sehingga ayam hampir masak dan masukkan cendawan Butang dan air tepung jagung.
  7. Masukan pati ayam dan lada.
  8. Tutup semula kuali dan tunggu sehingga ayam lembut.
  9. Siap dan hiaskan dengan daun sup serta bwg goreng.
  10. Selamat mencuba!

Buah Mawang Ulaman

Buah Mawang Ulam
Buah Mawang Ulam.

Bahan-Bahan:
  • Sebiji buah Mawang(dibuang kulitnya dan di hiris halus)
  • Cili Padi 2 biji ,(di cincang halus)
  • Cili Hijau 1 biji. (hiris nipis)
  • Garam dan perasa
  • Kicap 1 sudu makan
Buah Mawang Ulam
Buah Mawang
Ditumbuk:
  • Ikan Bilis segenggam
  • Bwg Merah 1 biji , 
  • Bwg Putih 2 ulas




Cara-Cara Membuatnya:
Buah Mawang mentah yang
telah dihiris
  1. Gaulkan bahan yg ditumbuk ke dalam buah Mawang yang telah dihiris
  2. Kemudian gaulkan dengn cili padi , cili hijau , 
  3. Campurkan juga Garam dan perasa, serta kicap.
  4. Siap dan Hidangkan..
  5. Buah Mawang Mentah
     

    Cara Memotong Ayam dengan Baik

    Langkah-Langkah Memotong Ayam Dengan Baik.



    3.Belah ayam menjadi
     dua bahagian.













    Cara-Caranya ialah:
    1. Mula dengan seekor ayam
    2. Potong dan buangkan bahgian ekor dan kepak yang kecil.
    3. Belah ayam menjadi dua bahagian.
    4. Kemudian  potong tiap2 bahagian menjadi dua.
    5. Kini ada 4 keping ayam
    6. Potong bahagian dada dan tinggalkan bahagian atas paha.
    7. Jadi ada 8 bahagian ayam

    29 October, 2011

    Resepi Sup Kulat Putih (kulat burak)

    Sup Kulat Putih (kulat burak)
    Bahan-Bahan:
    • 1 mangkuk cendawan Tiram putih /kulat burak
    • Lobak Merah 1 cm dihiris memanjang
    • Halia 2 cm dihiris memanjang
    • Serbuk lada sarawak
    • BwG merah 2 biji *dimayang*
    • Bwg Putih 3 ulas*dimayang*
    • 1 sudu makan sos tiram
    • 1 cawan air
    • Minyak masak
    • Garam dan Perasa.
    • sedikit daun sup dicincang halus
    Cara-Cara membuatnya:
    1. Basuh dan bersihkan kulat dengan lembut.
    2. Panaskan minyak di dalam kuali.
    3. Tumis bwg merah , bwg Putih dan halia.
    4. Bila dah naik bau dan wangi , masukkan cendawan putih dan  air.
    5. Kemudian bila dah mendidihkan masukkan sos tiram , serbuk lada , garam dan perasa secukup rasa.
    6. Akhir sekali hidangkan dan letak sedikit daun sup ataupun bwg goreng di atas sup..
    7. Selamat mencuba!


    Resepi Kulat Sisir (kerang) Goreng Bertauhu

    Cendawan Sisir Goreng Bertauhu.
    Cendawan Sisir Goreng Bertauhu.

    Bahan2
    • 3 cawan cendawan sisir /kulat kerang
    • 1 keping tauhu ~ goreng & potong dadu kecil
    • 2 batang serai ~ ketuk 
    • Garam secukup rasa 
    • Serbuk perasa jika suka 
    • Minyak masak 
    Ditumbuk:
    5 ulas bwg merah
    2 ulas bwg putih
    5 biji cili padi
    1 cm kunyit hidup
    Segenggam Ikan bilis


    Cara Menyediakan :
    1. Cendawan dibersihkan dan kerat jika ada bahagian yg keras pd umbinya. 
    2. Rendam cendawan dalam sebesen air dan ambil cendawan yang timbul dengan tangan supaya habuk2 /pasir jatuh ke bawah.
    3. Ulang proses yg sama 2 atau 3 kali.. 
    4. Kemudian jirus air lalu dan tos dan Ketepikan. 
    5. Panaskan minyak dlm kuali. Tumis bahan2 tumbuk serta serai hingga wangi. 
    6. Masukkan garam dan bahan perasa. Kacau biar sebati. 
    7. Masukkan cendawan  dan kacau 
    8. Kemudian masukkan & tauhu goreng dan goreng / kacau hingga agak kering. 
    9. Campurkan perasa dan garam  secukup rasa  
    10. Siap dan boleh dihidangkan.

    11. Kulat Kerang /Cendawan kukur/ Kulat sisir

    7.Cendawan di masukkan dlm
    kuali dan dikacau


    Resepi Cendawan Tiram Goreng Tepung

    Cendawan Tiram Goreng Tepung
    Bahan-bahan:

    • Setengah  cawan tepung gandum
    • 1/2 sudu kecil rempah kari
    •  Semangkuk cendawan Tiram kelabu segar
    • 1 ulas bawang putih } dicincang halus
    • 2 biji telur } dipukul
    • Minyak untuk menggoreng
    • 80 g serbuk roti
    • garam secukup rasa





    Cara-Cara memasaknya:
    1. Campurkan tepung di dalam mangkuk bersama garam dan rempah kari. Gaul sekata.
    2. Masukkan cendawan, gaul supaya tepung melekat pada cendawan.
    3. Sediakan di dalam mangkuk lain, campuran telur dan bawang putih.
    4. Cendawan yg telah bersalut tepung kemudian celupkan ke dalam mangkuk yg berisi campuran telur.
    5. Kemudian golekkan pula ke dalam serbuk roti.
    6. Untuk mendapatkan lapisan yg tebal cendawan itu bolehlah dicelupkan semula ke dalam telur dan golekkan sekali lagi ke dalam serbuk roti.
    7. Panaskan minyak, goreng cendawan sehingga keperangan.
    8. Angkat dan toskan serta sedap dihidangkan panas

    INFO:

    Dipetik dari website Cendawan Global:

    Cendawan didefinasikan sebagai organ pensporaan kulat yang boleh dimakan. Ia mengandungi banyak protein, vitamin danzat-zat galian seperti Kalium (K) dan Posforus(P)yang penting untuk kesihatan badan. Ia juga mempunyai rasa yang sedap.

    Antara jenis cendawan yang paling popular dan digemari pada masa kini ialah Cendawan Tiram Kelabu atau nama saintifik ialahPleurotus Sajor Caju. Kepada anda yang baru menceburi bidang ini terutamanya memikirkan tentang cara pemasaran, boleh menggunakan maklumat dan manfaat kesihatan cendawan ini untuk diterangkan kepada prospek anda.

    Berikut adalah kandungan khasiat pemakanan Cendawan Tiram Kelabu (100 gm berat basah).
    Pecahan Zat Pemakanan

    Tenaga : 37.0 Kcal

    Air : 89.2 gm
    Protin : 3.6 gm
    Lemak : 0.7 gm
    Karbohidrat : 4.1 gm
    Serat : 1.8 gm

    .......................................................
    Zat Galian
    Kalsium : 2 mg
    Fosforus : 88 mg
    Zat Besi : 1 mg
    Natrium : 6 mg
    Kalium : 195 mg

    ...............................................................

    Vitamin
    B1 : 0.03 mg
    B2 : 0.46 mg
    Niacin : 1.9 mg
    C : 9.4 mg

    Selain daripada khasiat di atas, cendawan tiram kelabu juga mengandungi antioksidan dan kalsium yang tinggi. Ia hidup dengan menumpang pada perumah seperti sisa tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang telah reput dan menyerap zat-zat makanan daripadanya.

    Satu lagi kelebihan cendawan terutama sekali ditanam secara komersil adalah ia tidak menggunakan sebarang baja kimia dan racun kawalan perosak. Maka tidak hairanlah semakin ramai pengguna di negara ini menggemari cendawan terutama Cendawan Tiram Kelabu sebagai salah satu makanan pilihan dalam kehidupan seharian mereka.

    28 October, 2011

    Resepi Kulat Sisir (kerang) Goreng Kering

    Kulat Sisir Goreng Kering.

      Bahan-Bahan yang Diperlukan:
      • Kulat Sisir 
      • Cili Padi 2 biji 
      • Bwg Putih 3 ulas 
      • BwG Merah 2 biji 
      • Halia 1 cm dihiris memanjang Minyak masak 
      • Garam dan Perasa
      Cara-Cara Membuatnya:
      1. Basuh Kulat Kerang/ Cendawan Kukur  dengan bersih dan toskan.
      2. Kemudian panaskan minyak di kuali .
      3. Masukkan bwg merah , putih , Cili Padi dan Halia dan goreng sehingga naik bau
      4. Masukkan kulat dan kacau sehingga kulat masak
      5. Akhir sekali masukkan garam dan perasa secukup rasa
      6. Siap dan hidangkan!
      INFO:

      Kulat ini di sarawak dikenali sebagai 'kulat kerang' bagi kaum iban .Kalau di semenanjung malaysia ia lebih dikenali 'kulat sisir ataupun Cendawan kukur/Kulat Sisir atau nama saintifiknya Schizophyllun commune. Ia mengandungi Schizophyllan iaitu bahan dalam ubat antitumor dan kanser selain dikatakan dapat membantu meningkatkan system imuniti tubuh, anti-radangan, anti-bakteria, anti parasit dan melindungi hati.

      Cendawan kukur merupakan jenis cendawan klasik yang selalu ditemui di mana-mana kawasan yang terdapatnya kayu mati terutamanya batang kayu getah dan lain-lain. Disebabkan sifatnya yang tahan lasak, ia mudah tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi.
      Kulat ni memang selalunya banyak pasir dan benda2 kotor. Rendamkan kulat ni dalam air dan biar banyak air dalam bekas tu. Rendam dalam 30min ke 1 jam ,segala pasir, kekotoran akan jatuh ke bawah bekas rendaman. Kemudian  bilas bersih-berish sebelum masak.

      Pelbagai cara memasak Kulat sisir ini , di SemenaNjung cara masakan yang popular ialah di goreng dengan telur, sama ada dibuat telur dadar atau scramble egg. Di Kelantan, ada juga yang masak lemak putih, ada yang masak kari..atau dimasak lemak cili api dan ada juga dimasak rendang .

      Di sarawak pula , kalau secara tradisi kulat ini di balut menggunakan daun nipah dan di pangggang di atas bara api ataupun di goreng kering dan juga digoreng basah bersama sayur-sayuran lain.

      JERUK DAUN PUCUK GETAH.

      Daun Pucuk Getah
      JERUK DAUN PUCUK GETAH.


      Bahan-Bahan.

      • Daun pucuk Getah*seikat *
      • Segenggam garam
      • Air Beras secawan
      Air beras yg akan digunakan untuk
       membuat jeruk
      Cara-Cara Mejadikannya Jeruk.
      1. Jemur daun getah selam 6/7 jam
      2. Setelah daun getah layu, renyuk daun getah sehingga keluar air.
      3. Renyuk dengan segenggam garam.
      4. Lepas itu simpan di dalam bekas kedap udara.
      5. Simpan di tempat suhu bilik
      6. Selepas satu minggu jeruk daun getah tersebut boleh dimasak dan dimakan.
      7. Selamat mencuba.
      Jeruk Daun Pucuk Getah

      INFO:
      Cara-cara  membuat jeruk daun pucuk getah dan jeruk ensabi adalah sama.Sayur- sayuran ini , adalah antara sayur yg biasa digunakan kaum Dayak  untuk mengasilkan KIMCHI atau jeruk.Kalau di semenanjung Daun getah digunakan untuk membalut kuih tapai.

      Resepi Ayam(manuk) PANSUH


      MANUK PANSUH

      Bahan-bahan:
      Seruas buluh lemang
      1/2 ekor ayam yg telah dipotong 
      3 ulas bawang putih
      2 biji bawang merah dan 5 ulas Bwg Putih
      I kuntum Bunga kantan
      Garam dan sedikit serbuk perasa
      Secekal pucuk ubi diramas.
      1/2 cawan air

      Cara-cara memansuhnya:
      1. Sediakan bara api (Seperti membakar lemang)
      2. Bersihkan buluh
      3. Bawang putih dan bawang merah ditumbuk lumat
      4. Bersihkan ayam
      5. Gaul ayam dengan cili besar, bawang putih, bawang merah, garam, serbuk perasa dan Bunga kantan
      6. Gaulkan dengan garamnya / perasa secukup rasa.
      7. Kemudian masukkan ayam yang telah digaul tadi ke dalam buluh.
      8. Jangan hentak buluh dan masukkan sedikit air Tutup muncung buluh dengan pucuk ubi.
      9. Bakarlah di atas bara api lebih kurang setengah jam.
      10. Bila asap didihan keluar dari penutup buluh maka pansuh telah masak.
      11. Hidangkan.

      Resepi Buah Cempedak Goreng Belacan

      Buah cempedak mentah
      yg selalu digunakan
      dlm masakan
      Buah cempedak goreng belacan.
      Cempedak Goreng Belacan









      Bahan Bahan.:

      • Cempedak mentah
      • (dibuang kulitnya dan di cincang agak halus) 
      • Belacan 2cm (ditumbuk)1 biji cemp 
      • Ikan bilis sedikit(ditumbuk) 
      • Bwg merah 1 biji , Bwg Putih 3 ulas 
      • Cili Padi 2 biji.. 
      • Minyak masak 
      • Garam dan perasa 


      Cara-Cara memasaknya.
      1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bwg2, belacan dan ikan bilis yg telah ditumbuk tadi.
      2. Kemudian masukkan cili padi dan goreng sehingga naik bau
      3. Masukkan cempedak tadi dan sedikit air.
      4. Goreng sehingga cempedak masak
      5. kemudian masukkan garam dan perasa
      6. Siap!!

      INFO:

      BUAH CEMPEDAK:

      Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.:
      Pokok Cempedak merupakan sejenis tumbuhan yang menghasilkan buah yang boleh dimakan. Buah Cempedak banyak dijual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Nama saintifiknya ialah Artocarpus integer sinonim Artocarpus champeden (Thunb.) Merr., Artocarpus polyphema Pers.)

      Kandungan Khasiat Pemakanan:
      Zat dalam per 100 gram
      Energy atau tenaga=117.0 (sangat tinggi, bahaya untuk pengidap kencing manis),
      Moisture= 66.7 g ,
      Protein= 2.5 g, lemak =0.4 g,
      Karbohidrat= 25.8 g,
      Fiber= 3.4 g,
      Ash =1.2 g,
      kalsium =40.0 mg,
      Phosphorous= 5.0 mg,
      besi =1.1 mg , Sodium =25.0 mg
      Potassium= 246.0 mg,
      Carotene= 80 ug,
      Vitamin B1 =0.16 mg,
      Vitamin B2 =0.15 mg
      Niacin =0.5 mg
      Ascorbic Acid atau(Vitamin C) = 17.7 mg