28 October, 2011

Resepi Kulat Sisir (kerang) Goreng Kering

Kulat Sisir Goreng Kering.

    Bahan-Bahan yang Diperlukan:
    • Kulat Sisir 
    • Cili Padi 2 biji 
    • Bwg Putih 3 ulas 
    • BwG Merah 2 biji 
    • Halia 1 cm dihiris memanjang Minyak masak 
    • Garam dan Perasa
    Cara-Cara Membuatnya:
    1. Basuh Kulat Kerang/ Cendawan Kukur  dengan bersih dan toskan.
    2. Kemudian panaskan minyak di kuali .
    3. Masukkan bwg merah , putih , Cili Padi dan Halia dan goreng sehingga naik bau
    4. Masukkan kulat dan kacau sehingga kulat masak
    5. Akhir sekali masukkan garam dan perasa secukup rasa
    6. Siap dan hidangkan!
    INFO:

    Kulat ini di sarawak dikenali sebagai 'kulat kerang' bagi kaum iban .Kalau di semenanjung malaysia ia lebih dikenali 'kulat sisir ataupun Cendawan kukur/Kulat Sisir atau nama saintifiknya Schizophyllun commune. Ia mengandungi Schizophyllan iaitu bahan dalam ubat antitumor dan kanser selain dikatakan dapat membantu meningkatkan system imuniti tubuh, anti-radangan, anti-bakteria, anti parasit dan melindungi hati.

    Cendawan kukur merupakan jenis cendawan klasik yang selalu ditemui di mana-mana kawasan yang terdapatnya kayu mati terutamanya batang kayu getah dan lain-lain. Disebabkan sifatnya yang tahan lasak, ia mudah tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi.
    Kulat ni memang selalunya banyak pasir dan benda2 kotor. Rendamkan kulat ni dalam air dan biar banyak air dalam bekas tu. Rendam dalam 30min ke 1 jam ,segala pasir, kekotoran akan jatuh ke bawah bekas rendaman. Kemudian  bilas bersih-berish sebelum masak.

    Pelbagai cara memasak Kulat sisir ini , di SemenaNjung cara masakan yang popular ialah di goreng dengan telur, sama ada dibuat telur dadar atau scramble egg. Di Kelantan, ada juga yang masak lemak putih, ada yang masak kari..atau dimasak lemak cili api dan ada juga dimasak rendang .

    Di sarawak pula , kalau secara tradisi kulat ini di balut menggunakan daun nipah dan di pangggang di atas bara api ataupun di goreng kering dan juga digoreng basah bersama sayur-sayuran lain.

    0 comments:

    Post a Comment