Bahan-bahan:
- Setengah cawan tepung gandum
- 1/2 sudu kecil rempah kari
- Semangkuk cendawan Tiram kelabu segar
- 1 ulas bawang putih } dicincang halus
- 2 biji telur } dipukul
- Minyak untuk menggoreng
- 80 g serbuk roti
- garam secukup rasa
Cara-Cara memasaknya:
- Campurkan tepung di dalam mangkuk bersama garam dan rempah kari. Gaul sekata.
- Masukkan cendawan, gaul supaya tepung melekat pada cendawan.
- Sediakan di dalam mangkuk lain, campuran telur dan bawang putih.
- Cendawan yg telah bersalut tepung kemudian celupkan ke dalam mangkuk yg berisi campuran telur.
- Kemudian golekkan pula ke dalam serbuk roti.
- Untuk mendapatkan lapisan yg tebal cendawan itu bolehlah dicelupkan semula ke dalam telur dan golekkan sekali lagi ke dalam serbuk roti.
- Panaskan minyak, goreng cendawan sehingga keperangan.
- Angkat dan toskan serta sedap dihidangkan panas
INFO:
Dipetik dari website Cendawan Global:
Cendawan didefinasikan sebagai organ pensporaan kulat yang boleh dimakan. Ia mengandungi banyak protein, vitamin danzat-zat galian seperti Kalium (K) dan Posforus(P)yang penting untuk kesihatan badan. Ia juga mempunyai rasa yang sedap.
Antara jenis cendawan yang paling popular dan digemari pada masa kini ialah Cendawan Tiram Kelabu atau nama saintifik ialahPleurotus Sajor Caju. Kepada anda yang baru menceburi bidang ini terutamanya memikirkan tentang cara pemasaran, boleh menggunakan maklumat dan manfaat kesihatan cendawan ini untuk diterangkan kepada prospek anda.
Berikut adalah kandungan khasiat pemakanan Cendawan Tiram Kelabu (100 gm berat basah).
Pecahan Zat Pemakanan
Tenaga : 37.0 Kcal
Air : 89.2 gm
Protin : 3.6 gm
Lemak : 0.7 gm
Karbohidrat : 4.1 gm
Serat : 1.8 gm
.......................................................
Zat Galian
Kalsium : 2 mg
Fosforus : 88 mg
Zat Besi : 1 mg
Natrium : 6 mg
Kalium : 195 mg
...............................................................
Vitamin
B1 : 0.03 mg
B2 : 0.46 mg
Niacin : 1.9 mg
C : 9.4 mg
Selain daripada khasiat di atas, cendawan tiram kelabu juga mengandungi antioksidan dan kalsium yang tinggi. Ia hidup dengan menumpang pada perumah seperti sisa tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang telah reput dan menyerap zat-zat makanan daripadanya.
Satu lagi kelebihan cendawan terutama sekali ditanam secara komersil adalah ia tidak menggunakan sebarang baja kimia dan racun kawalan perosak. Maka tidak hairanlah semakin ramai pengguna di negara ini menggemari cendawan terutama Cendawan Tiram Kelabu sebagai salah satu makanan pilihan dalam kehidupan seharian mereka.
0 comments:
Post a Comment