WANNA JOIN THIS SITE?

Showing posts with label CENDAWAN/KULAT YG TERDPT DI SARAWAK. Show all posts
Showing posts with label CENDAWAN/KULAT YG TERDPT DI SARAWAK. Show all posts

29 October, 2011

Resepi Sup Kulat Putih (kulat burak)

Sup Kulat Putih (kulat burak)
Bahan-Bahan:
  • 1 mangkuk cendawan Tiram putih /kulat burak
  • Lobak Merah 1 cm dihiris memanjang
  • Halia 2 cm dihiris memanjang
  • Serbuk lada sarawak
  • BwG merah 2 biji *dimayang*
  • Bwg Putih 3 ulas*dimayang*
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 cawan air
  • Minyak masak
  • Garam dan Perasa.
  • sedikit daun sup dicincang halus
Cara-Cara membuatnya:
  1. Basuh dan bersihkan kulat dengan lembut.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali.
  3. Tumis bwg merah , bwg Putih dan halia.
  4. Bila dah naik bau dan wangi , masukkan cendawan putih dan  air.
  5. Kemudian bila dah mendidihkan masukkan sos tiram , serbuk lada , garam dan perasa secukup rasa.
  6. Akhir sekali hidangkan dan letak sedikit daun sup ataupun bwg goreng di atas sup..
  7. Selamat mencuba!


Resepi Kulat Sisir (kerang) Goreng Bertauhu

Cendawan Sisir Goreng Bertauhu.
Cendawan Sisir Goreng Bertauhu.

Bahan2
  • 3 cawan cendawan sisir /kulat kerang
  • 1 keping tauhu ~ goreng & potong dadu kecil
  • 2 batang serai ~ ketuk 
  • Garam secukup rasa 
  • Serbuk perasa jika suka 
  • Minyak masak 
Ditumbuk:
5 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
5 biji cili padi
1 cm kunyit hidup
Segenggam Ikan bilis


Cara Menyediakan :
  1. Cendawan dibersihkan dan kerat jika ada bahagian yg keras pd umbinya. 
  2. Rendam cendawan dalam sebesen air dan ambil cendawan yang timbul dengan tangan supaya habuk2 /pasir jatuh ke bawah.
  3. Ulang proses yg sama 2 atau 3 kali.. 
  4. Kemudian jirus air lalu dan tos dan Ketepikan. 
  5. Panaskan minyak dlm kuali. Tumis bahan2 tumbuk serta serai hingga wangi. 
  6. Masukkan garam dan bahan perasa. Kacau biar sebati. 
  7. Masukkan cendawan  dan kacau 
  8. Kemudian masukkan & tauhu goreng dan goreng / kacau hingga agak kering. 
  9. Campurkan perasa dan garam  secukup rasa  
  10. Siap dan boleh dihidangkan.

  11. Kulat Kerang /Cendawan kukur/ Kulat sisir

7.Cendawan di masukkan dlm
kuali dan dikacau


Resepi Cendawan Tiram Goreng Tepung

Cendawan Tiram Goreng Tepung
Bahan-bahan:

  • Setengah  cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil rempah kari
  •  Semangkuk cendawan Tiram kelabu segar
  • 1 ulas bawang putih } dicincang halus
  • 2 biji telur } dipukul
  • Minyak untuk menggoreng
  • 80 g serbuk roti
  • garam secukup rasa





Cara-Cara memasaknya:
  1. Campurkan tepung di dalam mangkuk bersama garam dan rempah kari. Gaul sekata.
  2. Masukkan cendawan, gaul supaya tepung melekat pada cendawan.
  3. Sediakan di dalam mangkuk lain, campuran telur dan bawang putih.
  4. Cendawan yg telah bersalut tepung kemudian celupkan ke dalam mangkuk yg berisi campuran telur.
  5. Kemudian golekkan pula ke dalam serbuk roti.
  6. Untuk mendapatkan lapisan yg tebal cendawan itu bolehlah dicelupkan semula ke dalam telur dan golekkan sekali lagi ke dalam serbuk roti.
  7. Panaskan minyak, goreng cendawan sehingga keperangan.
  8. Angkat dan toskan serta sedap dihidangkan panas

INFO:

Dipetik dari website Cendawan Global:

Cendawan didefinasikan sebagai organ pensporaan kulat yang boleh dimakan. Ia mengandungi banyak protein, vitamin danzat-zat galian seperti Kalium (K) dan Posforus(P)yang penting untuk kesihatan badan. Ia juga mempunyai rasa yang sedap.

Antara jenis cendawan yang paling popular dan digemari pada masa kini ialah Cendawan Tiram Kelabu atau nama saintifik ialahPleurotus Sajor Caju. Kepada anda yang baru menceburi bidang ini terutamanya memikirkan tentang cara pemasaran, boleh menggunakan maklumat dan manfaat kesihatan cendawan ini untuk diterangkan kepada prospek anda.

Berikut adalah kandungan khasiat pemakanan Cendawan Tiram Kelabu (100 gm berat basah).
Pecahan Zat Pemakanan

Tenaga : 37.0 Kcal

Air : 89.2 gm
Protin : 3.6 gm
Lemak : 0.7 gm
Karbohidrat : 4.1 gm
Serat : 1.8 gm

.......................................................
Zat Galian
Kalsium : 2 mg
Fosforus : 88 mg
Zat Besi : 1 mg
Natrium : 6 mg
Kalium : 195 mg

...............................................................

Vitamin
B1 : 0.03 mg
B2 : 0.46 mg
Niacin : 1.9 mg
C : 9.4 mg

Selain daripada khasiat di atas, cendawan tiram kelabu juga mengandungi antioksidan dan kalsium yang tinggi. Ia hidup dengan menumpang pada perumah seperti sisa tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang telah reput dan menyerap zat-zat makanan daripadanya.

Satu lagi kelebihan cendawan terutama sekali ditanam secara komersil adalah ia tidak menggunakan sebarang baja kimia dan racun kawalan perosak. Maka tidak hairanlah semakin ramai pengguna di negara ini menggemari cendawan terutama Cendawan Tiram Kelabu sebagai salah satu makanan pilihan dalam kehidupan seharian mereka.

28 October, 2011

Resepi Kulat Sisir (kerang) Goreng Kering

Kulat Sisir Goreng Kering.

    Bahan-Bahan yang Diperlukan:
    • Kulat Sisir 
    • Cili Padi 2 biji 
    • Bwg Putih 3 ulas 
    • BwG Merah 2 biji 
    • Halia 1 cm dihiris memanjang Minyak masak 
    • Garam dan Perasa
    Cara-Cara Membuatnya:
    1. Basuh Kulat Kerang/ Cendawan Kukur  dengan bersih dan toskan.
    2. Kemudian panaskan minyak di kuali .
    3. Masukkan bwg merah , putih , Cili Padi dan Halia dan goreng sehingga naik bau
    4. Masukkan kulat dan kacau sehingga kulat masak
    5. Akhir sekali masukkan garam dan perasa secukup rasa
    6. Siap dan hidangkan!
    INFO:

    Kulat ini di sarawak dikenali sebagai 'kulat kerang' bagi kaum iban .Kalau di semenanjung malaysia ia lebih dikenali 'kulat sisir ataupun Cendawan kukur/Kulat Sisir atau nama saintifiknya Schizophyllun commune. Ia mengandungi Schizophyllan iaitu bahan dalam ubat antitumor dan kanser selain dikatakan dapat membantu meningkatkan system imuniti tubuh, anti-radangan, anti-bakteria, anti parasit dan melindungi hati.

    Cendawan kukur merupakan jenis cendawan klasik yang selalu ditemui di mana-mana kawasan yang terdapatnya kayu mati terutamanya batang kayu getah dan lain-lain. Disebabkan sifatnya yang tahan lasak, ia mudah tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi.
    Kulat ni memang selalunya banyak pasir dan benda2 kotor. Rendamkan kulat ni dalam air dan biar banyak air dalam bekas tu. Rendam dalam 30min ke 1 jam ,segala pasir, kekotoran akan jatuh ke bawah bekas rendaman. Kemudian  bilas bersih-berish sebelum masak.

    Pelbagai cara memasak Kulat sisir ini , di SemenaNjung cara masakan yang popular ialah di goreng dengan telur, sama ada dibuat telur dadar atau scramble egg. Di Kelantan, ada juga yang masak lemak putih, ada yang masak kari..atau dimasak lemak cili api dan ada juga dimasak rendang .

    Di sarawak pula , kalau secara tradisi kulat ini di balut menggunakan daun nipah dan di pangggang di atas bara api ataupun di goreng kering dan juga digoreng basah bersama sayur-sayuran lain.

    Popular Posts