WANNA JOIN THIS SITE?

Showing posts with label BUAH - BUAHAN TEMPATAN SARAWAK. Show all posts
Showing posts with label BUAH - BUAHAN TEMPATAN SARAWAK. Show all posts

15 November, 2011

ULAM BUAH MEMPELAM

ulam buah mempelam
ULAM BUAH MEMPELAM 

Bahan-Bahan:
2 biji buah mempelam separuh masak
2 biji buah mempelam mentah
setengah biji bwg merah dicincang
segenggam ikan bilis ditumbuk bersama 1 biji cili padi
sedikit garam


Cara-Cara Menyediakan Ulam Mempelam:

  1. Buang Kulit mempelam dah hiris halus .
  2. Kemudian gaulkan dengan ikan bilis yg telah ditumbuk , garam serta bwg merah
  3. Sekiranya andan suka pedas , tambahkan cili padi.
  4. Sekiranya  nya anda lebih suka masam dari manis ,jadi tambahkan buah mempelam mentah
  5. Siap dan hidangkan..

Buah mempelam separuh masak
Buah mempelam mentah

31 October, 2011

RESEPI PETAI GORENG KERING

PETAI GORENG KERING
Petai Goreng Kering

Bahan-Bahan:
  • Petai 5 papan 
  • Cili padi 2 biji dimayang
  • Cili hijau 1 biji dimayang
  • Minyak Masak
  • Garam dan perasa
Ditumbuk:
  • Ikan bilis sengenggam 
  • Bwg Merah 2 biji 
  • Bwg Putih 2 ulas.
Cara-Cara Menyediakan:
petai di rebus 
  1. Rebus petai di dalam periuk selama 5 minit.
  2. Kemudian ambil biji petai dari kulitnya.
  3. Lepastu , panaskan minyak di dalam kuali .
  4. Dan tumiskan bahan yg ditumbuk bersama dengn cili padi dan cili hijau sehingga naik bau.
  5. Kemudian masukkan petai tadi dan kacau sehingg masak.
  6. Akhir sekali masukkan garam dan perasa dan boleh dihidangkan.
  7. Masakan petai seperti ini boleh tahan lama selama 1 minggu kalu di simpan dlm peti ais.
INFO:
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas

Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.

Sebenarnya kandungan pemakanan biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat mempunyai kandungan khasiatnya kurang. Dalam perubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.

Menerusi informasi dari Penolong Pegawai Pertanian Kanan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), En. Tajuddin Abd. Manap. Kandungan klorofil dalam biji-biji petai berfungsi sebagai agen antioksidan yang baik untuk kulit, memastikan kesegaran tubuh, dan memperbaiki sistem penghadaman pengamal (makanan berasaskan petai). (Kosmo 28 Mei 2011)

Petai juga berkemampuan untuk membekalkan tenaga yang tinggi kerana, biji kekacang petai mengandungi gula semulajadi seperti fruktosa, glukosa, sukrosa dan kombinasi daripadanya. Petai juga mengandungi Trytophan, yang mampu mengawal tekanan seseorang, trytophan dapat bertukar kepada serotonin dimana dapat menjadikan orang lebih relaks, gembira dan menjadi emosi lebih stabil. Kandungan zat besi dalam petai mampu mengurangkan risiko mendapat anemiadi kalangan pengamalnya. Vitamin B6 petai membantu mengawal paras gula dalam darah dan membantu wanita yang mengalami kebingungan tatkal mendapat sindrom premenstrual.

Kandungan kalium dalam petai dengan kandungan rendam garamnya baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangi risiko strok. Petai juga mempunyai serat tumbuhan yang baik bagi pengahadaman dan dapat mengelakkan gejala sembelit dari mudah berlaku. Terdapat petua yang mengesyorkan adunan petai bersama susu dan madu, adunan ini dipercayai dapat mengurangkan masalah kemabukan, kerana herba petai, madu dan susu dapat memperbaiki aras glukosa dan mengembalikan aras cecair badan ketahap seimbang. Petai juga baik bagi seseorang yang telah memberhenti dari menghisap rokok dan dalam proses rehabilitasi. Kandungan Vitamin B6 dan B12 serta kalium dan magnesium dapat membantu dalam mengatasi kesan langsung akibat pemberhentian pengambilan nikotin.

Kulit pepapan petai dibahagian licin dalam poket biji petai disimpan boleh diusap pada bahagian bengkak atau kemerahan-merahan di kulit disebabkan oleh gigitan nyamuk.

Namun begitu memakan petai pada kuantiti yang banyak juga tidak baik kerana mempunyai kadar asid amino yang tinggi yang dapat mengakibatkan komplikasi pada ginjal.[2]

30 October, 2011

Buah Mawang Ulaman

Buah Mawang Ulam
Buah Mawang Ulam.

Bahan-Bahan:
  • Sebiji buah Mawang(dibuang kulitnya dan di hiris halus)
  • Cili Padi 2 biji ,(di cincang halus)
  • Cili Hijau 1 biji. (hiris nipis)
  • Garam dan perasa
  • Kicap 1 sudu makan
Buah Mawang Ulam
Buah Mawang
Ditumbuk:
  • Ikan Bilis segenggam
  • Bwg Merah 1 biji , 
  • Bwg Putih 2 ulas




Cara-Cara Membuatnya:
Buah Mawang mentah yang
telah dihiris
  1. Gaulkan bahan yg ditumbuk ke dalam buah Mawang yang telah dihiris
  2. Kemudian gaulkan dengn cili padi , cili hijau , 
  3. Campurkan juga Garam dan perasa, serta kicap.
  4. Siap dan Hidangkan..
  5. Buah Mawang Mentah
     

    28 October, 2011

    Resepi Buah Cempedak Goreng Belacan

    Buah cempedak mentah
    yg selalu digunakan
    dlm masakan
    Buah cempedak goreng belacan.
    Cempedak Goreng Belacan









    Bahan Bahan.:

    • Cempedak mentah
    • (dibuang kulitnya dan di cincang agak halus) 
    • Belacan 2cm (ditumbuk)1 biji cemp 
    • Ikan bilis sedikit(ditumbuk) 
    • Bwg merah 1 biji , Bwg Putih 3 ulas 
    • Cili Padi 2 biji.. 
    • Minyak masak 
    • Garam dan perasa 


    Cara-Cara memasaknya.
    1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bwg2, belacan dan ikan bilis yg telah ditumbuk tadi.
    2. Kemudian masukkan cili padi dan goreng sehingga naik bau
    3. Masukkan cempedak tadi dan sedikit air.
    4. Goreng sehingga cempedak masak
    5. kemudian masukkan garam dan perasa
    6. Siap!!

    INFO:

    BUAH CEMPEDAK:

    Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.:
    Pokok Cempedak merupakan sejenis tumbuhan yang menghasilkan buah yang boleh dimakan. Buah Cempedak banyak dijual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Nama saintifiknya ialah Artocarpus integer sinonim Artocarpus champeden (Thunb.) Merr., Artocarpus polyphema Pers.)

    Kandungan Khasiat Pemakanan:
    Zat dalam per 100 gram
    Energy atau tenaga=117.0 (sangat tinggi, bahaya untuk pengidap kencing manis),
    Moisture= 66.7 g ,
    Protein= 2.5 g, lemak =0.4 g,
    Karbohidrat= 25.8 g,
    Fiber= 3.4 g,
    Ash =1.2 g,
    kalsium =40.0 mg,
    Phosphorous= 5.0 mg,
    besi =1.1 mg , Sodium =25.0 mg
    Potassium= 246.0 mg,
    Carotene= 80 ug,
    Vitamin B1 =0.16 mg,
    Vitamin B2 =0.15 mg
    Niacin =0.5 mg
    Ascorbic Acid atau(Vitamin C) = 17.7 mg



    Resepi Petai Goreng

    Petai goreng


    Bahan2.


    • Petai 5 tangkai (Rebus sekejap dan buang kulitnya
    • Bwang merah 1 biji ,
    • Bwg Besar 1 biji.
    • Cili merahbesar 1 biji(dimayang)
    • Cili hijau besar 1 biji(dimayang)
    • minyak masak
    • garam/perasa
    Cara-cara memasaknya.
    1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan samua bwg dan goreng sehingga naik bau.
    2. Masukkan cili merah/hijau 
    3. kemudian masukkan petai dan goreng sehingga masak.
    4. masukkan garam dan perasa secukup rasa.
    5. siap dn hidangkan.





    INFO Tentang Petai:


    Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsiumfosforuszat besivitamin AB1B2 dan C.
    Sebenarnya kandungan pemakanan biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat mempunyai kandungan khasiatnya kurang. Dalam perubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.
    Menerusi informasi dari Penolong Pegawai Pertanian Kanan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), En. Tajuddin Abd. Manap. Kandungan klorofil dalam biji-biji petai berfungsi sebagai agen antioksidan yang baik untuk kulit, memastikan kesegaran tubuh, dan memperbaiki sistem penghadaman pengamal (makanan berasaskan petai). (Kosmo 28 Mei 2011)


    18 October, 2011

    Resepi Buah Engkala

    Buah Engkala

    Bahan2
    • Buah engkala , 
    • garam dan perasa


    Cara2 membuatnya:

    1.Mula-mula tanggalkan buah engkala dari tangkainya.
    2.Pukul secara lembut buah tersebut untuk melembutkannya.
    3.Jika buah engkala separuh masak (masih ada kehijauan,
       hendaklah direndam sekejap dlm air panas), kemudian
       dipukul lembut.
    4.Campurkan garam dan perasa..Siap!


    INFO:


    BuaH engkala/engkalak atau nama saintifiknya Litsea Garciae.

    Litsea Garciae,Small fruit, only 1-1.5" across, with pink to purple skin that is said to have an excellent delicate, avocado-like flavor. The fruits are little known, but reputedly well-liked by those who have had the chance to try them.

    Description: Tropical tree which loves water and is often found growing near rivers and streams.

    Hardiness: N/A

    Growing Environment: N/A

    Propagation: By seeds.

    Uses: Eaten fresh or used to prepare foods. The fruit can be used in the same way as the avocado. Litsea seeds contain fats that are used in the production of soaps and candles.

    Native Range: Native to the Sarawak and Sabah regions of Borneo, in Malaysia and Indonesia.

    Resepi Dabai berkicap

    Dabai berkicap

    Bahan-bahan.
    Buah dabai
    Kicap
    Sedikit Ajinomoto

    Cara2 Membuatnya.

    !.Rendam dahulu dabai di dalam ai panas sehingga lembut.
    2.Kemudian tuskan dan campur dengan kicap dan sedikit perasa.
    3.Siap!

    INFO:
    Buah dabai dalam bahasa saintifik dikenali dengan nama Canarium odontophyllum.Di sarawak , tempat paling banyak buah dabai ialah sibu , sarikei dan Bintangor.Pokok Dabai adalah kategori buah bermusim.Kebiasaan musim buah dabai berbuah ialah pada bulan November hingga Disember setiap tahun.

    Popular Posts