WANNA JOIN THIS SITE?

31 October, 2011

RESEPI ULAMAN DAUN KUCHAI

ULAMAN DAUN KUCHAI / DAUN BAWANG PUTIH 
Sayur Ulam Kuchai
Bahan-Bahan:

  • Seikat daun kuchai
  • Limau kasturi 4 biji
  • Cili padi 3 biji dimayang
  • Garam dan perasa
Ditumbuk:

  • Tumbuk bwg merah , bwg putih dan
    ikan bilis

    Daun Kuchai/Daun Bwg Putih
  • Bwg Merah 3 biji
  • Bwg Putih 3 ulas
  • Segenggam Ikan Bilis
Cara-Cara Menyediakan Ulaman ini ialah:

1.Potong halus Daun Kuchai.
2.Perah Limau Nipis ke atas Daun Kuchai dan gaul .
3.Kemudian gaulkan sebati daun kuchai dengan bahan ditumbuk
   tadi.
4.Selepas itu masukkan garam /perasa dan cili padi dan gaul .
5.Ulaman dau Kuchai dah siap dan hidangkan.



Daun Kuchai Dipotong Halus.








INFO:
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pengelasan saintifik

Alam: Hidupan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Liliopsida
Order: Asparagales
Keluarga: Alliaceae
Genus: Allium

Nama binomial
Allium tuberosum
Allium ramosum

Kucai adalah dari gugusan tanaman bawang yang sesuai untuk ditanam untuk tujuan hiasan (ia berbunga) dan sebagai sayuran. Tanaman ini mengambil sedikit ruang dan boleh dimakan keseluruhanya (dari pucuk sampai bawangnya). Jika bunganya tak dicantas, ia sesuai untuk dijadi hiasan di tepi pinggan dengan bunganya yang berwarna ungu.

Variasi kucai yang popular adalah Kucai Cina yang mempunyai haruman seakan bawang putih pada daunnya. Bunganya pula berwarna putih.

Kucai boleh hidup di atas banyak jenis tanah. Terbaiknya adalah di atas tanah yang agak dalam dan dipenuhi dengan kompos dan bahan organik. Kucai tidak perlu banyak dibaja semasa pembesarannya, sekiranya tanah tadi mempunyai bahan kompos dan organik yang baik.

Ia boleh hidup di bawah panas matahari ataupun di teduhan. Jika kemarau sedikit-sedikit juga tidak mengapa kerana bawangnya masih ada. Sama seperti bawang, kucai ada akar berbawang dan daun. Bawang tersebut boleh bercambah dengan cepat sehingga beberapa tahun dan ini cara yang terbaik untuk menyemai kucai. Selain itu, kucai juga boleh ditanam dari bijinya.

Kucai adalah tanaman hayat panjang (perennial). Ia boleh terus hidup hingga beberapa tahun sekiranya keadaannya dijagai, iaitu tanah yang subur.

Kucai dituai dengan cara memotong bila diperlukan. Potong yang bahagian luar dan tinggal daunnya 2 inci dari paras perdu. Ia akan tumbuh kembali dengan baik. Kucai yang ditanam dari biji seharusnya dituai selepas setahun, atau pun setelah ia berbunga. Ini adalah untuk membiarkan ia mempunyai akar yang kukuh. Kucai berbunga di hujung musim bunga (di negara 4 musim) dan sekali lagi di bulan Julai. Kalau menanam kucai untuk di makan, bunganya perlu dibuang utk menggalakkan pertumbuhan daun sahaja.

Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.

Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah. Cara penggunaannya adalah menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya diminum setiap pagi.

0 comments:

Popular Posts