WANNA JOIN THIS SITE?

Showing posts with label SAYUR-SAYURAN. Show all posts
Showing posts with label SAYUR-SAYURAN. Show all posts

19 November, 2011

SAYUR BABY CORN DGN SAYUR TEBU KANDUNG

SAYUR BABY CORN DGN
SAYUR TEBU KANDUNG
SAYUR BABY CORN DGN SAYUR TEBU KANDUNG
Bahan-Bahan:
  • Babi Corn(Anak Jagung)
  • Sayur Tebu Kandung 
  • Bwg Merah 2 biji(dimayang)
  • Bwg Putih 3 ulas(dimayang)
  • Cili Merah Besar 1 biji (dimayang)
  • sedikit ikan bilis
  • serbuk lada sarawak
  • garam dan perasa
  • minyak masak
Cara -Cara Membuatnya:
SAYUR TEBU KANDUNG
(TELAH DIBUANG KULITNYA)
SAYUR TEBU KANDUNG
  1. Panaskan Minyak di dalam kuali
  2. Masukkan bwg merah, bwg putih dan ikan bilis dan tumis
  3. Kemudian masukkan cili besar dan sayur 'baby corn' dan gaul
  4. Masukkan sayur tebu kandung dan kacau pelahan spy sayur tebu yg lembut td tidak hancur.
  5. Akhir sekali Masukkan serbuk lada , garam dan perasa secukup rasa
  6. Siap dan Hidangkan..


    INFO:
    Sayur Tebu Kandung ini Jarnag sekali dijumpai.Hanya segelintir penduduk rumah panjang(kaum iban) yang ada menanam sayur ini.Oleh sebab itu tidak semua muda mudi sekarang mengenali sayur ini.

SAYUR PAKU GORENG BELACAN

SAYUR PAKU GORENG BELACAN
SAYUR PAKU GORENG BELACAN
Bahan-Bahan:
  • 1 ikat sayur paku
  • Cili besar 2 biji (dimayang)
  • Garam & perasa
  • Halia 1 cm (dimayang)
  • Minyak masak
Bahan Bahan Di Tumbuk:
  • Segenggam ikan bilis
  • Belacan 1 cm
  • Bwg merah 2 biji
  • Bwg putih 2 ulas
SAYUR PAKU SARAWAK
CARA-CARA MEMBUATNYA:
  1. Bersih dan potong sayur paku
  2. Panaskan minyak di dalam kuali
  3. Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga wangi
  4. Kemudian masukkan cili besar dan halia
  5. Masukkan sayur paku gan gaul sehingga masak
  6. Akhir sekali masukkan garam dan perasa secukup rasa
  7. Dan hidangkan...

15 November, 2011

RESEPI SUP DAUN SABUNG DENGAN SALAI IKAN



 SUP DAUN SABUNG DENGAN SALAI IKAN
RESEPI SUP DAUN SABUNG DENGAN SALAI IKAN

Bahan-Bahan:
  • Satu ikat daun sabung
  • 2 keping Salai Ikan(lanjung /lumi dll*antara salai ikan yg terdapt di srwak*
  • garam dan perasa
Cara-Cara Membuatnya:
  1. Buang btg daun sabung
  2. Rebus secawan air di dalam periuk.
  3. Kemudian masukkan daun sabung
  4. Tunggu sehingga mendidih
  5. Kemudian masukkan salai ikan
  6. Dan masukkan garam dan perasa
  7. DAUN SABUNG
  8. Siap dan hidangkan

31 October, 2011

RESEPI ULAMAN DAUN KUCHAI

ULAMAN DAUN KUCHAI / DAUN BAWANG PUTIH 
Sayur Ulam Kuchai
Bahan-Bahan:

  • Seikat daun kuchai
  • Limau kasturi 4 biji
  • Cili padi 3 biji dimayang
  • Garam dan perasa
Ditumbuk:

  • Tumbuk bwg merah , bwg putih dan
    ikan bilis

    Daun Kuchai/Daun Bwg Putih
  • Bwg Merah 3 biji
  • Bwg Putih 3 ulas
  • Segenggam Ikan Bilis
Cara-Cara Menyediakan Ulaman ini ialah:

1.Potong halus Daun Kuchai.
2.Perah Limau Nipis ke atas Daun Kuchai dan gaul .
3.Kemudian gaulkan sebati daun kuchai dengan bahan ditumbuk
   tadi.
4.Selepas itu masukkan garam /perasa dan cili padi dan gaul .
5.Ulaman dau Kuchai dah siap dan hidangkan.



Daun Kuchai Dipotong Halus.








INFO:
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pengelasan saintifik

Alam: Hidupan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Liliopsida
Order: Asparagales
Keluarga: Alliaceae
Genus: Allium

Nama binomial
Allium tuberosum
Allium ramosum

Kucai adalah dari gugusan tanaman bawang yang sesuai untuk ditanam untuk tujuan hiasan (ia berbunga) dan sebagai sayuran. Tanaman ini mengambil sedikit ruang dan boleh dimakan keseluruhanya (dari pucuk sampai bawangnya). Jika bunganya tak dicantas, ia sesuai untuk dijadi hiasan di tepi pinggan dengan bunganya yang berwarna ungu.

Variasi kucai yang popular adalah Kucai Cina yang mempunyai haruman seakan bawang putih pada daunnya. Bunganya pula berwarna putih.

Kucai boleh hidup di atas banyak jenis tanah. Terbaiknya adalah di atas tanah yang agak dalam dan dipenuhi dengan kompos dan bahan organik. Kucai tidak perlu banyak dibaja semasa pembesarannya, sekiranya tanah tadi mempunyai bahan kompos dan organik yang baik.

Ia boleh hidup di bawah panas matahari ataupun di teduhan. Jika kemarau sedikit-sedikit juga tidak mengapa kerana bawangnya masih ada. Sama seperti bawang, kucai ada akar berbawang dan daun. Bawang tersebut boleh bercambah dengan cepat sehingga beberapa tahun dan ini cara yang terbaik untuk menyemai kucai. Selain itu, kucai juga boleh ditanam dari bijinya.

Kucai adalah tanaman hayat panjang (perennial). Ia boleh terus hidup hingga beberapa tahun sekiranya keadaannya dijagai, iaitu tanah yang subur.

Kucai dituai dengan cara memotong bila diperlukan. Potong yang bahagian luar dan tinggal daunnya 2 inci dari paras perdu. Ia akan tumbuh kembali dengan baik. Kucai yang ditanam dari biji seharusnya dituai selepas setahun, atau pun setelah ia berbunga. Ini adalah untuk membiarkan ia mempunyai akar yang kukuh. Kucai berbunga di hujung musim bunga (di negara 4 musim) dan sekali lagi di bulan Julai. Kalau menanam kucai untuk di makan, bunganya perlu dibuang utk menggalakkan pertumbuhan daun sahaja.

Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.

Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah. Cara penggunaannya adalah menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya diminum setiap pagi.

18 October, 2011

Resepi Sawi(ensabi) goreng belacan

Sayur Sawi Goreng Belacan
SAYUR SAWI GORENG BELACAN.
Bahan2
  • Sawi yg telah dibuang akarnya dn dipotong
  • Belacan 1 cm
  • Cili padi 1 biji
  • Ikan bilis sedikit.
  • Bwg Merah 1 biji , Bwg Putih 2 ulas, 1cm halia(samua dimayang)
  • Minyak masak
  • Garam dan perasa.
CARA-CARA MEMBUATNYA:
1.Tumbuk belacan , ikan bilis , bwg merah , bwg putih da cili padi.
2.Panaskan minyak di dlm kuali dan masukkan bhn yg telah ditumbuk tadi dan goreng sehingga naik bau.
3.Kemudian masukkan halia dan sawi , kemudian goreng sekejap , campurkan garam dan perasa...
4.Hidangkan!
Sayur Sawi/ Ensabi

Resepi Miding goreng belacan

Sayur Midin Goreng Belacan.

Bahan2.
  • Sayur midin
  • Belacan 1cm
  • Ikan bilis sedikit
  • Halia 1cm*didadu*
  • Cili padi 2 biji*dimayang*
  • Bwg  Merah 1 biji  dan Bwg Putih 2 ulas.
  • Minyak masak
  • Sayur miding yang biasa di jual
    di pasar Tani Iban(TAMU)
  • Garam dan perasa
Cara2 Membuatnya.
1.Sayur midin yg telah dibersihkan dan di
   potong.
2.Tumbuk belacan, ikan bilis , bwg merah
   dan bwg putih.
3.Panaskan minyak dlm kuali dn
    masukkan bhn (no.2) dan goreng sehingga naik
    bau.
4.Kemudian masukkan Cili padi dan halia
5.Dan masukkan sayur midin dan goreng sehingga
    masak...
6.Masukkan garam dan perasa..
7.Akhir sekali angkat dan hidangkan...

17 October, 2011

JERUK ENSABI (SAWI) GORENG PEDAS

JERUK Ensabi Goreng Pedas.
JERUK Ensabi Goreng Pedas

Bahan-Bahan:
  • Kasam Sayur sawi (ensabi)
  • Bwg merah 1 biji, 
  • Bwg Putih 2 ulas(dicincang)
  • Cili padi 2 biji(dicincang)
  • Perasa.(ajinomoto)


Cara2 membuatnya.
1.Basuh 'kasam ensabi'.
2.Panaskan minyak dan masukkan bwg2 dan cili padi.
3,Masukan kasam ensabi dan goreng sehinggga masak..
JERUK ENSABI SEBELUM DIMASAK.
4.Akhir sekali masukkan sedikit ajinomoto secukup rasa.
5.Hidangkan.

Popular Posts